Akhlak Yang Baik
Rasulullah saw bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad).
Berdoalah
Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)
Banyakkan Selawat
Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh At Termidzi).
Rasulullah Contoh Terbaik
Maksudnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH dan balasan baik hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (al-Ahzab: 21).