Wednesday 5 October 2011

Selamat Menempuh Peperiksaan PMR : Tips persiapan terakhir

Tips persiapan terakhir

Sebelum peperiksaan 

Sentuhan terakhir
Saat yang tidak panjang ini baguslah jika diberikan sentuhan terakhir dimana bukanlah mengharap dan memerah otak belajar tajuk yang banyak. Untuk baki tinggal beberapa jam ini bolehlah mengambil sedikit tajuk-tajuk yang dirasakan perlu diingat dan dipelajari.

Nota kecil
Nota kecil ini paling banyak membantu jika hampir sangat dengan peperiksaan, jadi ianya mampu membantu ulangkaji pantas anda.

Tingkatkan keyakinan
Biarlah anda bersedia atau tidak, yang penting anda tahu PMR itu tetap anda lalui, jika bersedih atau gementar kerana anda tidak bersedia adalah tidak patut. Tingkatkan keyakinan diri, sekurangnya bawalah sedikit bekalan yang sempat diingat, apa yang dipelajari sebelum ini ia akan datang sendiri apabila di dewan peperiksaan nanti.

Sediakan alatan secukupnya
Kadang-kadang hal remeh seperti kad pengenalan, slip dan alatan menulis perlu diingatkan. Hal ini kerana hal remeh itu mempunyai impak yang besar dalam kesediaan emosi dan keyakinan.

Solat hajat
Bagi yang beragama islam, solatlah hajat sebaiknya malam sebelum esoknya. Buatlah solat malam setiap hari. Doakan anda tenang dan cemerlang menjawab untuk kertas esoknya.

Makan secukupnya
Ambil makanan yang berkhasiat, elakan makan makanan pedas, berempah atau berasid agar perut anda  tidak mengganggu anda semasa dalam dewan peperiksaan. Ambil sesudu madu untuk memberikan tenaga segera...

 Semasa melangkah dalam dewan peperiksaan

1. mulakan dengan kaki kanan dan berdoa, serta berselawat
2. melangkah dengan tenang ke tempat duduk anda
3. sentiasa beristigfar dalam hati mohon keampunan dan keredhaan Allah
4. Bagi soalan esei baca soalan dengan tenang dan sediakan rangka jawapan dengan pantas
5. Bagi soalan objektif mahupun subjektif  jawab soalan yang senang terlebih dahulu.. soalan yang agak susah disiapkan akhir sekali.
6. Jaga masa menjawab dan jaga tulisan anda
7. selepas menjawab semak berkali-kali sehingga berpuas hati elakkan tidur atau keluar awal.




Selepas peperiksaan
Anda disarankan tidak membincangkan soalan yang telah dijawab tadi... tumpukan kepada soalan peperiksaan seterusnya... teruskan berdoa mohon bantuan Allah agar kita diberikan kejayaan yang cemerlang.

semoga kalian semua  berjaya dengan cemerlang... amin

Pengikut Setia